PENGENALAN

Tanah Perkuburan Islam Kerajaan Bandar Putra Kulai yang dikurniakan oleh Kerajaan Negeri Johor bertujuan menampung keperluan Tanah Perkuburan Islam untuk penduduk kariah Bandar Kulai dan Senai

Tapak berkeluasan 10 ekar ini mampu menempatkan 5800 petak kubur serta menyediakan fasiliti sebuah bangunan pejabat, stor, surau, 4 buah pondok wakaf dan tempat duduk serta pencahayaan solar pada waktu malam yang dapat memudahkan urusan pengebumian.

kawasan tanah perkuburan ini dilengkapi dengan pintu gerbang serta papan tanda nama tanah perkuburan, papan tanda arah kiblat, 5 petak kawasan perkuburan, tempat letak kenderaan sebanyak 20 petak, tembok menangkis hakisan, perparitan di sekeliling tapak perkuburan, Jalan utama kenderaan menuju ke balai menunggu, ruang pejalan kaki, serta bekalan air dan elektrik.

Lokasi Tanah Perkuburan ini juga sangat strategik kerana ia berada diantara Mukim Senai dan Kulai. Dengan Lokasi yang strategik ini ia dapat memberi kemudahan kepada ahli kariah yang tinggal di sekitar Bandar Senai dan Kulai untuk menguruskan pengebumian jenazah ahli keluarga. Maka...

 

ETIKA DAN PANDUAN ZIARAH

Adab-adab waris semasa berada di tanah perkuburan adalah seperti berikut::

  1. Menutup aurat
  2. Menjaga kebersihan
  3. Menjaga keselamatan
  4. Menghormati tanah perkuburan
  5. Menjaga kesucian tanah perkuburan
  6. Menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan diantara waris
  7. Memperbanyakkan bacaan ayat suci Al-Quran dan berzikir
  8. Tidak membuat bising atau bercakap perkara keduniaan yang tidak bermanfaat.

 

URUSAN PENGEBUMIAN

Sebarang urusan pengebumian di Tapak Perkuburan Islam Bandar Putra Kulai biasanya memerlukan kerjasama dengan pihak pengurusan atau jawatankuasa masjid berhampiran. Ini termasuk tempahan lot, penyediaan liang lahad, dan pengendalian jenazah mengikut tatacara Islam. Pihak keluarga digalakkan untuk membuat persediaan awal serta mendapatkan panduan daripada pegawai yang bertanggungjawab.

 

HUBUNGI KAMI

NAMA JAWATAN TELEFON

Mohamad Faiez Bin Ruzlan

Pegawai Penyelia Tanah Perkuburan

019-354 4602

Mohamad Nazim Bin Norhadi

Petugas Tanah Perkuburan

017-788 4505

Muhammad Fahmi Bin Mashari

Petugas Tanah Perkuburan

017-778 7002

Mohd Nur Hakim Bin Senin

Petugas Tanah Perkuburan

011-2695 8864

 

PETA LOKASI

 

MAJLIS PERBANDARAN KULAI

Jalan Pejabat Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim
TEL: 07-661 3000
FAKS: 07-663 2407
Emel: mpku@johor.gov.my
PEJABAT KADI KULAI

Jalan Pejabat Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim
TEL: 07-599 3109


 Majlis Perbandaran Kulai  Jabatan Mufti Johor 
Majlis Perbandaran Kulai Jabatan Agama Islam Johor 
   Pejabat Kadi Daerah Kulai