1. Bagaimana cara daftar pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra Kulai?

  • Pihak waris, pihak masjid atau pihak hospital perlu menghubungi Petugas Tanah Perkuburan terlebih dahulu untuk pemakluman pendaftaran jenazah.

  • Pihak waris, pihak masjid atau pihak hospital boleh hadir ke Pejabat Pengurusan Tanah Perkuburan untuk mengisi borang pendaftaran atau boleh juga mengisi borang secara online dilaman web http://iraudah.bandarputrakulai.my

  • Dokumen yang diperlukan termasuk permit kubur, salinan surat kematian serta bayaran pengurusan pengebumian.

2. Apakah syarat dan larangan yang perlu dipatuhi oleh waris?

  • Waris perlulah bersedia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra.

  • Antara larangan yang ditetapkan ialah :

    • Menanam pokok tanpa kebenaran dan ketetapan pihak pengurusan tanah perkuburan.
    • Membina kepok tanpa kebenaran dan ketetapan pihak pengurusan tanah perkuburan.
    • Melakukan upacara yang menyalahi syarak.
    • Mencemarkan tanah perkuburan dengan apa-apa kotoran.

3. Bagaimana prosedur permohonan penyelenggaraan atau binaan pusara?

  • Permohonan perlu dibuat melalui Pejabat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra.

4. Bilakah waktu berurusan di Pejabat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra?

  • Pejabat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.

5. Bilakah waktu ziarah di Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra kubur Islam?

  • Waktu ziarah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan adalah bermula pada jam 7:30 pagi – 6:30 petang setiap hari.

6. Apakah garis panduan pokok dan landskap yang dibenarkan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra?

  • Dibenarkan pokok-pokok renek (yang rendang) ditanam di persekitaran tanah perkuburan.

  • Pokok - pokok besar yang berakar menjalar dan pokok buah buahan adalah dilarang sama sekali.

  • Landskap hendaklah diselenggara dengan baik dan tidak menyebabkan tanah perkuburan semak samun.

7. Adakah perkhidmatan carian pusara disediakan?

  • Ya, perkhidmatan carian pusara boleh dilakukan di laman web i-raudhah ini. Selain itu, pengguna atau waris juga boleh ke tanah perkuburan dan mendapatkan perkhidmatan carian pusara di pejabat pengurusan.

8. Berapakan saiz liang yang ditetapkan?

  • Untuk makluman dan rujukan pihak waris, saiz liang yang ditetapkan adalah seperti berikut : 

Kategori Panjang Lebar Dalam
Dewasa 6 kaki atau mengikut panjang jenazah 2 kaki 6 kaki
Kanak-kanak Mengikut panjang jenazah 2 kaki 6 kaki
Bayi 2 kaki atau mengikut panjang jenazah 1.5 kaki 3 kaki

 

 

MAJLIS PERBANDARAN KULAI

Jalan Pejabat Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim
TEL: 07-661 3000
FAKS: 07-663 2407
Emel: mpku@johor.gov.my
PEJABAT KADI KULAI

Jalan Pejabat Kerajaan
81000 Kulai
Johor Darul Takzim
TEL: 07-599 3109


 Majlis Perbandaran Kulai  Jabatan Mufti Johor 
Majlis Perbandaran Kulai Jabatan Agama Islam Johor 
   Pejabat Kadi Daerah Kulai